JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Khamis, 9 Jun 2011

KL Gangster, Filem Aksi Yang Realistik



Filem : KL Gangster
Tayangan : 9 Jun 2011
Pelakon Filem KL Gangster : Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak, Adi Putra, Sheera Iskandar, Shoffi Jikan, Zul Huzaimy, Wan Maimunah, Ridzuan Hashim, Corrie, dan ramai lagi.


Sinopsis Filem KL Gangster
Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.
Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orang orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antara orang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.
King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”























p/s: semoga filem ni mendapat sambutan yang hangat dari para penonton ...

Rabecca Nur Al Islam Menangis Keguguran Anak Sulung ...


PETALING JAYA: Pelakon jelita, Rabecca Nur Al-Islam, 25, menganggap keguguran kandungannya yang baru mencecah usia dua bulan sebagai tiada rezeki.

Dia yang pada mulanya mengalami pendarahan dan sakit perut dikejarkan ke Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu.


“Pada malam kejadian saya sakit di bahagian bawah perut dan berlaku pendarahan. Suami saya bawa ke hospital dan apabila diperiksa bayi dalam kandungan sudah tidak bernyawa.



“Kemudian doktor melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi. Kata doktor bayi tersebut sudah beberapa hari meninggal dunia tanpa saya sedari,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Rabecca, dia masih lagi berasa terkejut, kecewa dan sedih dengan kejadian yang menimpanya.

“Ketika mendapat tahu perkara tersebut saya tak henti menangis, mungkin saya terlalu berharap untuk mendapatkan bayi.

“Alhamdulillah, suami saya sentiasa berada di sisi dan memberi sokongan agar tidak terlalu bersedih dengan apa yang sudah berlaku itu,” katanya yang dijangka keluar pusat perubatan berkenaan Khamis.

Rabecca telah mendirikan rumah tangga bersama seorang peguam Nor Azam Sulaiman pada 15 Januari lalu dan mempunyai seorang anak angkat bernama Nor Adam Danie yang kini berusia tiga tahun.

Katanya, sejak mengetahui dirinya mengandung, dia sudah menolak semua tawaran berlakon untuk berehat buat sementara waktu.

p/s : semoga Rebecca tabah dengan ujian yang diberi oleh Allah ... 

Rozita Che Wan Masuk Hospital Dijangkiti Hepatitis


Aduh kesian pulak mendengar berita Rozita Che Wan terpaksa dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti penyakit hepatitis. Yaty doakan agar Rozita Che Wan cepat-cepat sembuh dan dapat kembali berlakon semula. Buat masa ini, hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan melawat Rozita di Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya. Tak tahulah kalau Shahir datang melawat ataupun tidak.


Apa pun semoga Rozita Che Wan cepat-cepat sembuh. Kot-kot anda anda tips untuk sembuhkan cepat penyakit hepatitis boleh kongsikan di sini. Yaty tak berapa tahu sangat bab-bab sakit nie.

Gambar Dato Siti Nurhaliza yang anggun berbaju biru...


Lama tak dengar khabar Datuk Siti Nurhaliza, tup-tup baru-baru ini beliau membuat kemunculan di konsert Akademi Fantasia sebagai pengkritik. Cantik sangat Datuk Siti berbaju serba biru. Paling menarik, selain daripada memberi kritikan, Datuk Siti sempat memberikan persembahan istimewa di malam tersebut.

Lagi beberapa keping gambar Datuk Siti Nurhaliza yang nampak biru dengan membaca entri ini sepenuhnya.












(GAMBAR)Fasha Sandha Cover Majalah EH! Jun 2011


Mungkin Fasha Sandha akan kelihatan anggun seperti di atas di hari perkahwinannya suatu hari nanti. Dengar-dengar cerita Fasha dah berbaik semula dengan kekasih lamanya, Jejai. Eloklah tue. Nora Danish pun dah ada kekasih hati baru. Tak salah rasanya Fasha kembali bertaut semula dengan Jejai. Tak gitu?
Oh ye, drama terbaru Fasha Sandha akan bermula 20 Jun ini menggantikan drama paling hangat masa kini, Nora Elena. Tajuk drama lakonan Fasha Sandha ini ialah Dewa Chinta. Tak sabar rasanya nak tengok lakonan Fasha Sandha yang tak pernah menghampakan.


“Saya Selesa Mendekati Lisa Surihani” Yusry KRU


Gosip cinta Lisa Surihani & Yusry memang meletup. Ada yang suka, ada yang tidak. Yaty pun tumpang gembira. namun ada jugak diantara peminat lisa ini hati mereka agak gundah gulana dek penangan Lisa Surihani yang telah ditawan hatinya oleh Yusry.


Sebuah portal hiburan melaporkan bahawa Yusry sudah pun menemui keluarga Lisa Surihani, dan dia memang inginkan hubungan yang serius. Walau bagaimanapun, Yusry menyatakan hubungannya bersama Lisa Surihani masih di peringkat awal, apatah lagi nak bercerita soal perkahwinan.


Walaupun jarak usia diantara Lisa dan Yusry agak jauh iaitu 12 tahun namun kata Yusry, dia seronok mendampingi dan selesa mendekati Lisa kerana Lisa senang diajak bersembangan dan seorang yang sopan dan matang.



Mereka juga saling berbalas SMS dan hubungan mereka sudah pun diketahui oleh keluarga kedua-dua belah pihak ini. Tambah Yusry, jika dia dan Lisa tidak lepak diluar, Yusry akan berkunjung ke rumah keluarga Lisa.



p/s : semoga hubungan mereka berdua sampai ke jinjang pelamin dan berbahagia hingga ke akhir hayat ... amin

Gambar-gambar sekitar malam final mentor 5



olla semuanya ... seperti yang kita semua sedia maklum yang mentor 5 sudah pun melabuhkan tirainya dan menobatkan salma sebangai juaranya ... Manakala shiha pula mendapat naib johan dan iqa pula tempat yang ke3 ... apa2 pun tahniah yaty ucapkan kepada semua pemenang ...

jom tgk2 gambar sekitar malam final mentor ke 5...



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...