JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Khamis, 3 Mac 2011

Ulat dalam Kepala !!!




Warga emas tersebut bernama Shota Fujiwara dan berasal daripada negara Jepun. Beliau adalah penggemar Sushi & Sashima sejak daripada kecil lagi. Sehinggalah dalam lingkungan umur 60 tahun, beliau telah merana akibat sakit dalam kepala yang didakwanya migrin. Setelah tiga tahun lamanya menanggung kesakitan dan mengalami Psychomotor Retardation, beliau mengalah dan berjumpa doktor. Lalu doktor menjalankan X-ray untuk memastikan apa penyakit yang dihadapi oleh beliau. Doktor terperanjat apabila terdapat benda-benda kecil yang dipercayai ulat di kepalanya, tetapi bernasib baik kerana ia masih tidak menembusi tempurung kepalanya.

Doktor terus melakukan pembedahan untuk membersihkan kepala encik Shota.




Pasti para pembaca tertanya-tanya dari mana datangnya ulat-ulat tersebut. Sebenarnya ulat-ulat tersebut datang daripada pemakanan encik Shota iaitu gemar memakan Sushi & Sashima yang mentah. Ulat-ulat tersebut mungkin datang daripada daging ikan dan makanan laut lain yang tidak dimasak terlebih dahulu. Sepatutnya, setiap makanan yang mentah hendaklah dimasak pada suhu 100 darjah celsius dan dibekukan pada 0-4 darjah celsius untuk mematikan kuman dan ulat yang sedia ada di dalamnya.

Oleh itu, kepada penggemar Sushi & Sashima, berhati-hatilah ketika mahu menjamah. Pastikan makanan tersebut betul-betul masak dan selamat dimakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...