JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Jumaat, 21 Januari 2011

DEBARAN AYU RAUDAH


Assalamualaikum ...


pelakon popular, Raudah Che Wan atau popular digelar, Ayu Raudah bakal menamatkan zaman bujangnya bersama tunangnya, pemain bolasepak Negeri Sembilan Zaquan Adha Abdul Razak.


Majlis yang bakal berlangsung di kampung halaman Ayu di Alor Setar, Kedah pada 21 Januari ini, mengambil tema taman Fairytale, dan ia ditatarias oleh kakaknya sendiri, Jaja.
Bakal menggayakan busana milik Man Kajang di majlis pernikahan, Ayu juga akan menyarungkan pakaian Rizman Ruzaini di majlis persandingan. Dia juga pilih busana Qudyn Kuala Lumpur untuk acara malam berinai.
Biarpun sudah sedia bergelar isteri kepada pemain bola sepak negara itu, menurut Ayu dia masih berdebar menanti kedatangan hari bahagianya ini.

"Susah nak jelaskan perasaan saya sekarang ini. Berdebar ada, teruja ada, takut pun ada. Maklumlah, ini hari paling bersejarah dalam kehidupan saya nanti, dan saya berharap sangat ia akan berjalan lancar.
"Persiapan di Alor Setar sudah pun siap sepenuhnya, tinggal menanti kepulangan saya sahaja. Kalau diikutkan, memang saya sudah mula bercuti sejak beberapa hari lepas, tapi banyak perkara perlu disiapkan sebelum saya berangkat pulang ke Kedah esok (Selasa).
"Kad jemputan sudah pun saya edarkan, dan pernikahan saya akan berlangsung selepas solat Jumaat pada 21 Januari ini, manakala majlis persandingannya akan dilangsungkan selepas itu,"jelasnya yang akan melangsungkan resepsi di Negeri Sembilan pada 30 Januari akan datang.

inilah rupa kad perkahwinan Zaquan Adha dan Ayu Raudah ..


gambar diambil dari beutiful nara 
dan mangga online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...