JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Sabtu, 29 Januari 2011

Shila Jelas Hubungan Dengan Pemain Bolasepak


assalamualaikum,,,

Kalau dulu penyanyi muda berusia 21 tahun ini sering ditemani oleh ibunya ke mana-mana saja majlis hiburan, namun sejak akhir-akhir ini, bukan setakat ibunya, malah kelibat seorang jejaka turut kelihatan menemaninya.


Kalau dilihat dari jauh, gelagat mereka tak ubah seperti pasangan kekasih. Kemesraan yang dipamerkan turut menimbulkan tanda tanya sama ada mereka berdua mempunyai hubungan istimewa.

Namun, ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Cosmopolitan, pemilik nama Nur Shahila Amir Amzah atau Shila menafikannya.

“Hubungan kami biasa saja. Kami hanya kawan, bukan pasangan kekasih seperti yang digembar-gemburkan selama ini,”ujar Shila sambil memperkenalkan jejaka di sebelahnya


“Inilah jejaka yang dimaksudkan itu. Nama dia Haziq Zikri Elias. Zikri merupakan pemain bolasepak untuk Skuad Harimau Muda. Dia baru berusia 20 tahun.

“Pertemuan kami bermula Jun lalu semasa digandingkan dalam satu sesi fotografi. Bagi Shila, dia seorang kawan yang sangat baik. Shila selesa bila bersama dengan dia. Dia suka ketawa dan seorang yang kelakar.

Bagi Zikri pula, dia berasa bertuah kerana dapat berkawan dengan Shila dan menganggap Shila sebagai seorang kawan yang ‘happy go lucky’.

“Saya gembira dapat berkawan dengan Shila. Dia seorang yang kelakar, saya suka buat lawak dengan dia.

“Masa mula-mula dengar gosip kononnya kami bercinta, saya ketawa je. Kami memang tak ada apa-apa hubungan istimewa. Kami memang sangat rapat,”ujarnya yang kini sedang berehat selama enam bulan kerana mengalami kecederaan semasa latihan.

Menurut Shila, Zikri bukan saja rapat dengannya, malah dengan ahli keluarganya yang lain. Zikri sering bertandang ke rumah keluarga Shila memandangkan dia tidak mempunyai sesiapa di sini kerana keluarganya menetap di United Kingdom (UK).

“Zikri baru saja pulang ke Malaysia pada Julai tahun lepas. Sejak umur tiga bulan, dia dah tinggal di UK. Di sini, dia tak ada siapa-siapa, sebab itu dia rapat dengan kami. Lagipun, tak ramai lelaki yang boleh ‘get along’ dengan mak saya.”

“Hari tu, emak dia ada datang jumpa kami sekeluarga. Emak dia bagi kebenaran kepada mak Shila untuk jaga anaknya macam anak sendiri. Kira macam anak angkatlah.”

Apabila ditanya andai satu hari nanti kemesraan mereka berdua menimbulkan bibit-bibit cinta, Shila menjawab, “Shila takut nak ada hubungan dengan kawan sendiri, sebab pernah terjadi sebelum ini, bila benda dah tak jadi, tak boleh nak kawan dah.”

Gementar berganding dengan dua diva





Menyentuh tentang karier nyanyian, penyanyi yang popular dengan lagu Memori Tercipta ini memberitahu akan keluar dengan single terbaru dalam masa terdekat.

Menurut Naib Juara One In A Million 2 ini, single ini merupakan salah satu lagu dari album penuhnya bersama dua diva terkenal iaitu Ning Baizura dan Jaclyn Victor.

“Album ini merupakan projek istimewa produser dari Singapura bernama Kevin. Dia yang bertanggungjawab menemukan kami bertiga dengan seorang komposer dari Indonesia.

“Album terbitan Monkey Bone ini mengandungi lapan buah lagu Melayu dan sebuah lagu Inggeris. Jarang ada tiga penyanyi berganding dalam semua lagu yang terdapat dalam sesebuah album,”ujarnya yang begitu teruja dengan penghasilan album ini.

“Pada mulanya, saya agak berdebar apabila dapat bergandingan dengan mereka. Saya agak gugup, namun lama-kelamaan semuanya hilang kerana mereka tidak kedekut ilmu dan banyak bagi tips kepada saya.

“Bagi saya, mereka berdua merupakan nama besar dalam industri dan bukan calang-calang penyanyi. Mereka antara penyanyi yang terbaik di Malaysia.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...