JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Isnin, 31 Januari 2011

Kamal Adli Enggan Berkahwin


assalamualaikum ,,,


Kisah percintaannya bersama pelakon popular, Intan Ladyana bukan rahsia lagi, malah sejak dua tahun yang lalu, baik Kamal Adli mahupun Intan, kedua-duanya sudah mula berkongsi perasaan mereka bersama media.
Dua tahun menjalinkan cinta, tidak banyak gosip mengenai hubungan pasangan selebriti ini. Tiada cerita 'panas' dan tiada juga berita 'suam' tentang perjalanan cinta mereka, kedua mereka kelihatan begitu serasi dalam memelihara keharmonian hubungan itu.
Tiada gosip buruk mengenai hubungan mereka, tidak bermakna hubungan mereka sentiasa berada dalam keadaan stabil. Masih belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh tiga tahun ini, jelas Kamal dia belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

"Berkahwin bukan perkara yang mudah, banyak perkara perlu kita fikirkan terlebih dahulu sebelum merancang untuk memelihara anak orang. Untuk jangka masa terdekat ini, saya masih belum merancang untuk berkahwin, mungkin sua atau tiga tahun nanti baru boleh difikirkan tentang perkara ini.
"Intan faham, malah dia sendiri tidak pernah bertanyakan tentang perkara ini.Lagipun saya lihat, Intan sudah mula jatuh cinta pada bidang lakonan secara sepenuhnya berbanding beberapa tahun dahulu, jadi saya tak rasa ini masa yang sesuai untuk kami berkahwin.
"Saya dan Intan tidak pernah menyorokkan apa-apa mengenai hubungan kami, jika sudah sampai masanya saya akan beritahu semua peminat, tapi setakat ini memang masih tidak ada apa-apa perancangan,"jelasnya.

 Belum Bertemu Keluarga Intan
Biarpun hubungan Intan dan Kamal sudah pun diketahui umum, namun menurut Kamal, dia masih berpeluang bertemu dengan keluarga Intan.
"Mungkin belum sampai masanya kami bertemu, disebabkan terlalu sibuk, saya tidak sempat bertemu keluarga Intan, begitu juga sebaliknya. Tapi kedua-dua kelurga ini sudah mengetahui tentang hubungan kami, kerana membacanya di akhbar-akhbar.
"InsyaAllah, jika ada masa dan bila sudah bersedia nanti, saya akan bertemu keluarganya untuk berbincang tentang hubungan ini dengan lebih lanjut,"cerita Kamal yang juga terbaibit dalam drama Gemilang di TV3.

Perkembangan Terbaru
Bertanyakan tentang aktiviti terbarunya, jelas Kamal dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbarunya, Pertiga di bawah arahan Farid Kamil.
"Selepas habis penggambaran Gemilang, saya mula berada di lokasi Pertiga pula. Alhamdulillah, sekarang ini rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus. Dan sekarang ini, saya diuruskan oleh MIG, jadi jadual saya lebih teratur antara memilih filem ataupun drama,"jelasnya lagi.
sekian ..

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...