assalamualaikum ...
Tahniah yaty ucapkan kepada Datuk K dan Datuk Siti kerana menerusi Yayasan Nurjiwa telah pun berjaya disiapkan dan dirasmikan semalam oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Masjid ini diberi nama Masjid Al-Khalidiah dan merupakan salah satu impian Datuk Siti dan Datuk K. Yaty rasa hanya tinggal 1 lagi impian Datuk Siti yang belum tercapai. Semua orang pun rasanya tahu kot. Semoga impian beliau yang satu lagi itu dipermudahkan dengan terbinanya masjid untuk kegunaan orang ramai ini.







