JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Memaparkan catatan dengan label lady gaga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lady gaga. Papar semua catatan

Selasa, 15 Februari 2011

Lady Gaga dan baju daging lembu



Lady Gaga yang popular namanya kerana dikatakan menjadi penyalur ajaran Yahudi kepada dunia di spot dalam satu majlis penganugerahan (MTV Video Music Award) di New York baru-baru ini boleh dikatakan “buat kerja gila” bila menggunakan fasyen yang jarang atau mungkin tak pernah lagi kita lihat. Lady Gaga menegenakan pada badannya beberapa kilo daging lembu segar yang dijadikan pakaiannya pada hari ber’prestij tersebut.





Tak ke gila tu? Adakah ini dinamakan fashion atau hanya sesuai untuk mereka yang gila?

1. Baju daging Lady GaGa menggunakan 100% daging asli
Bukan hanya setakat baju semata-mata, namun baik kasut, tas tangan serta crown atau tiara yang dikenakan oleh Lady GaGa dalam acara itu diperbuat daripada daging asli .
2. Baju daging Lady GaGa tidak berbau hamis atau busuk
Mungkin ramai yang menganggap baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa ini mempunyai bau daging yang sangat kuat serta tidak menyenangkan hidung.
Namun, percaya atau tidak, baju daging ini langsung tidak berbau hamis atau pun busuk. Malah, Lady GaGa sendiri memberitahu bahawa bau daripada baju dagingnya itu sangat manis. Orang yang duduk disekeliling Lady GaGa juga memberitahu bahawa baju daging Lady GaGa tidak berbau busuk.
3. Baju daging Lady GaGa ini sangat berat!
Daging memang jauh lebih berat jika dibandingkan dengan kain, Apatah lagi bila ia menggunakan 100 peratus daging mentah yang asli. Maka, tidak hairanlah kalau baju daging Lady GaGa ini mencapai berat 22.67 kilogram. Hmmm…Patutlah Lady GaGa macam susah nak bergerak pada malam tu. Tapi, walau macamana pun, ia bukanlah satu halangan untuk Lady GaGa bergaya sakan pada malam itu.
4. Daging mentah di baju Lady GaGa harganya murah
Daging yang digunakan untuk membuat bahan baju Lady Gaga ini ternyata murah saja harganya. Ianya juga bukanlah dari jenis daging Gred A. Inilah yang telah dinyatakan oleh tukang jual daging, Peter Cacioppo.
5. Baju daging ini selesa dipakai!
Pada awalnya, pereka fesyen baju daging ini Franc Fernandez bimbang kalau-kalau baju daging ini akan membuatkan Lady GaGa berasa tidak selesa untuk memakainya. Tapi, Lady GaGa beritahu, itu baju paling nyaman yang dikenakannya pada malam itu. Hmmm, betul ke apa yang Lady GaGa cakap ni? Ataukah ia sekadar propa semata-mata?
6. Baju daging Lady GaGa tidak menggunakan bahan pengawet!
Bunyinya macam tidak munasabah. Tapi, hakikatnya, baju daging Lady GaGa ini langsung tidak menggunakan sebarang bahan pengawet untuk menjadikan ia tahan serta tidak berbau. Hebat ya?
7. Baju daging Lady GaGa tidak mempuyai darah
Ini satu lagi persoalan yang mungkin boleh mengundang rasa pelik atau hairan pada semua orang. Tapi, kalau diperhatikan betul-betul, memang tidak ada kesan darah yang menitis keluar dari baju daging Lady GaGa. Bak kata Franc, daging yang digunakan untuk membuat baju Lady GaGa ini bukan saja sangat liat dan kuat tetapi juga bersih.



Ahad, 13 Februari 2011

Lady Gaga nak TUNANG !!!


assalamualaikum ...

 LADY GAGA ingin bertunang! Itu berita terbaru mengenai penyanyi berimej pelik tersebut. Gaga dikatakan akan bertunang dengan bekas kekasih yang kini kembali bercinta dengannya, Luc Carl.


Gosip tersebut begitu kencang diperkatakan selepas Carl berpindah ke kediaman Gaga di Bel Air.


Menurut laporan Daily Star, pasangan yang pertama kali berpacaran empat tahun lalu, sebelum 
Gaga menjadi terkenal pada tahun 2008 itu akan bertunang segera.

Hal itu disahkan oleh beberapa teman kedua-dua mereka dengan mendakwa pengumuman pertunangan mereka akan dibuat sebelum Gaga melancarkan album terbarunya pada 13 Februari nanti.

Bagaimanapun menurut sumber itu, walaupun sudah bertunang, mereka tidak terburu-buru untuk berkahwin.

"Dia dan Carl tidak akan terburu-buru mengumumkan tanggal pernikahannya. Bahkan Gaga masih belum punya cincin pertunangan, kerana Carl tak mampu membelinya," ujar salah seorang teman dekat pasangan tersebut.

Gaga kembali memberi peluang kedua kepada Luc yang curang kepadanya pada tahun lalu untuk menyambung semula cinta mereka. Tindakan tersebut dilakukan Gaga kerana penyanyi itu dikatakan terlalu mencintai lelaki tersebut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...