JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Memaparkan catatan dengan label shahz jazle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shahz jazle. Papar semua catatan

Isnin, 28 November 2011

Drama Bersiri Bunga April Lakonan Shahz Jaszle ...


BUNGA APRIL Apabila Cinta Menggugat Pertalian Darah







Apa yang perlu dilakukan oleh si gadis yang tersepit di antara cinta dua jejaka yang berlainan niat? Antara Azman dan Johar, yang manakah menjadi pilihan hati April? Saksikan kisah suka duka dua beradik lelaki yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai ujian dan taktik kotor daripada musuh lama keluarga yang nekad melihat mereka kecundang menerusi drama terbaru di slot Samarinda, BUNGA APRIL.


Disiarkan pada setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam, bermula 22 November ini, BUNGA APRIL adalah sebuah kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan HNJ Pictures Sdn Bhd. Hasil nukilan dan arahan Along Kamaludin, drama BUNGA APRIL dijayakan oleh barisan pelakon hebat seperti Tasha Shilla, Shahz Jaszle, Zack X-Factor, Mustapha Kamal, Redzuan Hashim, Noniswara, Aida Aris dan Hanez Suraya.

BUNGA APRIL menyelami dunia korporat disebalik kemegahan syarikat Wangsa Holding, dimana ketokohan dan kewibawaan Tan Sri Azmi (Mustapha Kamal) diwarisi oleh anak kandungnya, Azman (Zack X-Factor). Terkenal dengan karisma yang tinggi, Azman dilihat sebagai individu yang paling layak untuk menerajui syarikat ayahnya suatu hari nanti. Kesungguhan Azman juga menjadi kebanggaan Puan Sri Hamidah (Noniswara), seorang ibu dan isteri kepada keluarga Tan Sri Azmi.
Berbanding Azman, Johar (Shahz Jazle) pula berbeza acuannya. 

Merupakan anak tiri Tan Sri Azmi hasil daripada perkahwinan kedua bersama Puan Sri Aishah (Aida Aris), Johar lebih selesa jika tidak bergelumang di dalam dunia korporat. Mewarisi sikap rendah diri dan keperibadian yang sederhana daripada ibunya, Johar sering menjadi rujukan dan pilihan kedua di dalam apa sahaja keputusan dan pilihan yang dibuat oleh Puan Sri Hamidah. Walaubagaimanapun, Tan Sri Azmi sedar bahawa kedua-dua anak lelakinya mempunyai kelebihan masing-masing, berdasarkan hubungan mereka yang cukup rapat, bagai isi dan kuku.

Langit tidak selamanya cerah, kejayaan dan kemegahan keluarga dan syarikat milik Tan Sri Azmi dicemburui dan menjadi dendam bagi Sophian (Redzuan Hashim), rakan lama Tan Sri Azmi. Turut memiliki sebuah syarikat yang dikenali sebagai Media Corp, dan syarikat tersebut hanyalah untuk menutup mata pihak berkuasa daripada menghidu kegiatan sebenar beliau sebagai seorang taikun kongsi gelap dan mempunyai ramai pengikut. April (Tasha Shilla), anak tunggal Sophian ternyata tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan bapanya untuk memperoleh kekayaan dan kejayaan. Sebagai tanda protes, April meninggalkan jejak langkah bapanya dan membuka sebuah kedai kecil menjual bunga.

Johar jatuh hati apabila terlihat kecantikan dan ciri-ciri ringkas yang terdapat pada April. Setelah beberapa minggu menyakat April, Johar memperkenalkan dirinya sebagai Junaidi atau ‘Jun’ dan hubungan mereka menjadi rapat dan akhirnya cinta berputik dan semakin mekar setiap hari. Disebabkan cinta, Johar tekad untuk memajukan diri dan langkah terbaik yang mampu dilakukannya bermula di Wangsa Holding. Pada masa yang sama, Sophian sudah tidak dapat membendung rasa geram dan cemburu dihatinya terhadap Tan Sri Azmi mengambil keputusan untuk mengugut kawan lamanya itu serta ingin mengahwinkan April dengan Azman sebagai jaminan ikatan pertalian di antara dua keluarga.



Demi maruah keluarga, Azman bersetuju. Pada mulanya, April mengamuk apabila mendapat tahu bahawa bapanya telah menerima pinangan untuk dirinya namun keadaan menjadi reda setelah dia mengetahui bahawa pinangan tersebut datang daripada keluarga Tan Sri Azmi. Tiba-tiba, keadaan kembali menjadi tegang apabila Puan Sri Hamidah membocorkan rahsia mengenai pinangan tersebut sebenarnya datang daripada Azman dan bukan ‘Jun’ iaitu Johar. Sangkaan April ternyata meleset dan dia mula memberontak.

Apakah kesudahan yang bakal terjadi kepada Tan Sri Azmi, Azman, Johar dan April? Mampukah Wangsa Holding diselamatkan daripada niat jahat Sophian? Jangan lupa untuk menyaksikan kesudahannya di dalam BUNGA APRIL yang bersiaran sebanyak 25 episod, pada setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam di slot Samarinda, hanya di TV3.


Sabtu, 5 Mac 2011

Sinopsis Drama Siri Asmara 2


CINTAKU TIADA HENTI BUATMU … ASMARA 2


Selepas mendapat sambutan hangat dengan rating mencapai 3.1 juta penonton, drama Asmara yang disiarkan pada awal November lalu bakal muncul untuk musim kedua bermula 8 Mac, setiap Selasa, pukul 9 malam menerusi slot Lestary.

Segala persoalan pada penghujung drama Asmara lalu bakal dijawab dalam drama Asmara 2yang bakal ditayangkan sebanyak 13 episod. Drama terbitan Suhan Movies ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara terkenal Heykal Hanafiah.

Ia masih mengekalkan teraju utama iaitu Shahz Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani dan turut memperkenalkan watak baru lakonan Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen).



Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya).

Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Suatu hari, Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya.

Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawa si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

Jangan ketinggalan untuk menonton Asmara 2 di slot Lestary, setiap hari Selasa pukul 9 malam mulai 8 Mac 2011, di TV3.

Ketahuilah kesudahan kisah cinta tiga segi antara Asmara, Zaliya dan Melati.





Jumaat, 25 Februari 2011

Neelofa kekasih baru Shahz Jaszle, putus Maria Farida!

Assalamualaikum ...

Ada sumber memberitahu kepada editor Bharian, Zubir dalam ruangan sisipan BPop yang lalu mengenai hubungan cinta Shahz-Maria sudah pun berakhir kira-kira tiga minggu lalu! Berdasarkan risikan, cinta Shahz-Maria tidak mampu bertahan lama selepas berlakunya pertengkaran besar menerusi telefon antara kedua-duanya.


Difahamkan lagi, Maria bengang apabila dia mendapat perkhabaran Shahz berkawan rapat dengan heroin Azura, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, 22. Khabarnya keintiman Shahz dan Neelofa bukan saja ketika penggambaran yang menuntut mereka bercinta serta berkahwin sebagai Zack dan Azura (drama Azura 2011) malah berlarutan di luar lokasi pula tue. Inilah yang dinamakan sebagai cinta lokasi. Sama halnya ketika Shahz dan Maria ketika penggambaran Asmara pertengahan tahun yang lalu.






















Menurut sumber itu lagi, cinta lokasi antara Shahz dan Neelofa tidak berakhir di Paris dan London (set lokasi) sebaliknya masih berlarutan hingga ke hari ini, sekali gus menuntut Shahz memutuskan ikatan percintaannya bersama Maria hanya menerusi SMS saja!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...