JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Memaparkan catatan dengan label zaquan adha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zaquan adha. Papar semua catatan

Selasa, 1 Februari 2011

(lagi) gambar persandingan zaquan adha dan ayu raudhah ....



assalamualaikum ,,,



mesranyerrr pasangan pengantin baru kita nieh ...


muka zaquan adha dapat menjelaskan segala kesulitan yg dihadapinya kan kan ???
hahhaha lawak jerr... 












semoga mereka berdua akan berbahagia selalu ...


Isnin, 31 Januari 2011

Rita Rudaini Sudah Berbaik Dengan Keluarga Mertua





assalamualaikum ...


Yaty tumpang gembira bila mendengar yang hubungan keruh antara Rita Rudaini dan keluarga mertuanya sudah mula menjernih apabila kedua-dua pihak sudah menamatkan perselisihan faham yang tercetus hampir tiga tahun lalu.
Peristiwa air mata itu berlaku di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak pada malam Khamis lalu apabila Aidil Zafuan, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad dan Abdul Radzak Salleh untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.
Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.
Paling menyentuh hati kami bila ibu Aidil yang juga ibu mertua Rita mengatakan “Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” sambil memeluk Rita dengan linangan air mata. Kalaulah ini dikatakan sejak dulu lagi, pastinya perselisihan faham antara mereka takkan berpanjangan.
Dalam detik-detik yang turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak itu, Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini.
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga ini permulaan yang baik untuk lebih mengeratkan hubungan antara Rita Rudaini, Aidil Zafuan dan juga keluarga kedua-dua belah pihak.

dapatan gosip dari   beutifulnara.com

Jumaat, 21 Januari 2011

Zaquan Adha dan Ayu Raudah selamat dinikahkan ..

assalamualaikum ...

kali ni yaty nak story pasal pernikahan AYU RAUDAH dan ZAQUAN ADHA... alhamdulillah mereka berdua sudah sah menjadi suami isteri ...






Mereka berdua selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja. Jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua-dua pihak. Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.


mereka dinikahkan di tempat yang terdapat banyak bintang iaitu di alor star ... ^__^


jom usha gambar sekitar majlis pernikahan mereka berdua












semoga perkahwinan mereka akan berbahagia sampai ke akhir hayat

MALAM BERINAI AYU RAUDAH

Assalamualaikum,,,

ayu raudah akan berkahwin hari ini jumaat 21/1/2011...


waduh waduh chomey ngat aihh bakal isteri zaquan adha nie.... mmg ayu gitu ...


bertuah sungguh zaquan kan kan kan !!!




semoga perkahwinan mereka akn berkekalan hingga ke akhir hayat ... dan semoga dimurahkan rezeki dan mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah ...


gambar diambil dari beutifulnara.com

DEBARAN AYU RAUDAH


Assalamualaikum ...


pelakon popular, Raudah Che Wan atau popular digelar, Ayu Raudah bakal menamatkan zaman bujangnya bersama tunangnya, pemain bolasepak Negeri Sembilan Zaquan Adha Abdul Razak.


Majlis yang bakal berlangsung di kampung halaman Ayu di Alor Setar, Kedah pada 21 Januari ini, mengambil tema taman Fairytale, dan ia ditatarias oleh kakaknya sendiri, Jaja.
Bakal menggayakan busana milik Man Kajang di majlis pernikahan, Ayu juga akan menyarungkan pakaian Rizman Ruzaini di majlis persandingan. Dia juga pilih busana Qudyn Kuala Lumpur untuk acara malam berinai.
Biarpun sudah sedia bergelar isteri kepada pemain bola sepak negara itu, menurut Ayu dia masih berdebar menanti kedatangan hari bahagianya ini.

"Susah nak jelaskan perasaan saya sekarang ini. Berdebar ada, teruja ada, takut pun ada. Maklumlah, ini hari paling bersejarah dalam kehidupan saya nanti, dan saya berharap sangat ia akan berjalan lancar.
"Persiapan di Alor Setar sudah pun siap sepenuhnya, tinggal menanti kepulangan saya sahaja. Kalau diikutkan, memang saya sudah mula bercuti sejak beberapa hari lepas, tapi banyak perkara perlu disiapkan sebelum saya berangkat pulang ke Kedah esok (Selasa).
"Kad jemputan sudah pun saya edarkan, dan pernikahan saya akan berlangsung selepas solat Jumaat pada 21 Januari ini, manakala majlis persandingannya akan dilangsungkan selepas itu,"jelasnya yang akan melangsungkan resepsi di Negeri Sembilan pada 30 Januari akan datang.

inilah rupa kad perkahwinan Zaquan Adha dan Ayu Raudah ..


gambar diambil dari beutiful nara 
dan mangga online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...