JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Isnin, 31 Januari 2011

Saya Hanya Cakap Apa Yang Jejai Beritahu-Nora Danish



assalamualaikum ...


Hubungan bersama lelaki bernamakan Rizal Ashram Ramli sudah tiga tahun berakhir, namun, sehingga kini namanya tidak pernah terlepas daripada dikaitkan dengan lelaki yang digelar Jejai itu.
Malah, kisah perpisahan antara Jejai dan kekasihnya baru-baru ini turut memalitkan kontroversi buruk dalam kehidupan pelakon drama Puteri ini.
Dikatakan menjadi punca pada perpisahan bekas suaminya bersama pelakon popular, Fasha Sandha, Nora juga ditempias gosip yang mengatakan dirinya mengalami penyakit, meroyan. 
Semua cerita mengenai dia dan bekas suaminya begitu kejam untuk ibu tunggal ini menerimanya, malah ketika ditemui, Nora Danish melahirkan rasa terkilan terhadap semua fitnah yang datang kepadanya.
"Sudah tiga tahun perkara ini berlarutan,tapi perkara ini tidak juga berpenghujung, malah semakin hari ia makin berlarutan dan bertambah teruk.
"Selepas bercerai, saya tidak masuk campur sebarang perkara mengenai bekas suami (Jejai), jadi saya tidak faham mengapa nama saya dikaitkan sebagai orang ketiga perpisahan mereka ini.
"Saya memang terkilan bila dituduh sebagai penghasut, sedangkan semua orang tahu siapa bekas keluarga mertua saya. Tuan Seri dan Puan Seri adalah orang yang berpengaruh dan mereka golongan berpendidikan, jadi tidak mungkin saya boleh menghasut mereka dengan benda-benda sebegini.
"Dari awal lagi hubungan mereka memang tidak direstui oleh keluarga mertua, jadi jika hari ini mereka putus kerana tiada restu, itu bukan kerana mulut saya yang menghasut. Apa pun yang berlaku, adalah daripada mereka sendiri tanpa meminta sebarang pandangan daripada saya. 
"Selepas berpisah, antara saya tidak berminat untuk mengetahui tentang hubungan mereka, dan saya selesa membawa diri saya sendiri daripada mencampuri hal percintaan mereka,"luah Nora.



 
Tidak Berbohong
Mengeluarkan kenyataan di sebuah media, dengan mengatakan Jejai sudah berpisah dengan Fasha lebih kurang dua bulan yang lepas seakan menimbulkan rasa tidak puas hati di sisi Fasha.
Dan ketika diajukan tentang perkara itu, Nora bagaimanapun menjelaskan dia hanya berkata jujur setelah mengetahuinya daripada Jejai.
"Saya hanya beritahu media, apa yang telah diberitahu Jejai. Dan saya tidak tahu ianya benar atau pun tidak, itu semua bergantung pada Jejai untuk bercerita benar ataupun tidak.
"Jejai yang memberitahu saya dan keluarga sewaktu di Jepun, katanya, dia sudah pun berpisah dengan Fasha sejak dua bulan lepas. Bukan saya yang sengaja meletakkan tempoh itu, jika dia (Fasha) rasa saya membuat kenyataan yang salah, itu bermakna Jejai memberitahu saya fakta yang salah.
"Saya tidak tahu, itu antara mereka, dan saya harap perkara itu juga tidak dikaitkan dengan saya,"luahnya lagi.


Tidak Akan Kembali
Melihat hubungan baiknya bersama bekas suaminya sekarang ini, Nora tidak mahu apa yang hubungan ini disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Tidak mungkin akan kembali bersama semula, jelas Nora dia lebih selesa dengan statusnya sekarang.
"Untuk kembali semula pada Jejai, mungkin tidak. Selepas bercerai, saya selesa begini, saya lebih suka jika hubungan kami sekadar ibu dan bapa pada Raykal, dan selain kami juga berkawan baik.
"Kami pernah menjadi suami dan isteri dahulu, dan ternyata hubungan kami lebih baik begini. Saya tidak meneruskan hubungan bersamanya bukan sahaja sebagai suami isteri malah sebagai kekasih juga begitu, jadi biarkan kami begini sahaja,"jelasnya.
Berhati-hati untuk bercinta semula
Menebak pada persoalan tentang dirinya yang kini sudah mempunyai kekasih baru, dan ia diakui sendiri oleh Jejai dalam satu media baru-baru ini, Nora bagaimanapun masih enggan memperkenalkannya kepada umum.
"Saya juga pelik dengan pengakuannya itu, sebenarnya memang benar saya ada berkawan dengan seseorang, tapi untuk memperkenalkannya kepada semua, buat masa ini masih belum sesuai lagi, sebab saya masih lagi dalam proses mengenali.
"Saya pernah berkahwin dan juga sudah mengalami perceraian, jadi sukar untuk saya membuat keputusan, dan banyak perkara perlu saya fikirkan terlebih dahulu sebelum memperkenalkan orang yang istimewa itu,"jelasnya yang sekarang ini sedang bercuti daripada lakonan.

Kamal Adli Enggan Berkahwin


assalamualaikum ,,,


Kisah percintaannya bersama pelakon popular, Intan Ladyana bukan rahsia lagi, malah sejak dua tahun yang lalu, baik Kamal Adli mahupun Intan, kedua-duanya sudah mula berkongsi perasaan mereka bersama media.
Dua tahun menjalinkan cinta, tidak banyak gosip mengenai hubungan pasangan selebriti ini. Tiada cerita 'panas' dan tiada juga berita 'suam' tentang perjalanan cinta mereka, kedua mereka kelihatan begitu serasi dalam memelihara keharmonian hubungan itu.
Tiada gosip buruk mengenai hubungan mereka, tidak bermakna hubungan mereka sentiasa berada dalam keadaan stabil. Masih belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh tiga tahun ini, jelas Kamal dia belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

"Berkahwin bukan perkara yang mudah, banyak perkara perlu kita fikirkan terlebih dahulu sebelum merancang untuk memelihara anak orang. Untuk jangka masa terdekat ini, saya masih belum merancang untuk berkahwin, mungkin sua atau tiga tahun nanti baru boleh difikirkan tentang perkara ini.
"Intan faham, malah dia sendiri tidak pernah bertanyakan tentang perkara ini.Lagipun saya lihat, Intan sudah mula jatuh cinta pada bidang lakonan secara sepenuhnya berbanding beberapa tahun dahulu, jadi saya tak rasa ini masa yang sesuai untuk kami berkahwin.
"Saya dan Intan tidak pernah menyorokkan apa-apa mengenai hubungan kami, jika sudah sampai masanya saya akan beritahu semua peminat, tapi setakat ini memang masih tidak ada apa-apa perancangan,"jelasnya.

 Belum Bertemu Keluarga Intan
Biarpun hubungan Intan dan Kamal sudah pun diketahui umum, namun menurut Kamal, dia masih berpeluang bertemu dengan keluarga Intan.
"Mungkin belum sampai masanya kami bertemu, disebabkan terlalu sibuk, saya tidak sempat bertemu keluarga Intan, begitu juga sebaliknya. Tapi kedua-dua kelurga ini sudah mengetahui tentang hubungan kami, kerana membacanya di akhbar-akhbar.
"InsyaAllah, jika ada masa dan bila sudah bersedia nanti, saya akan bertemu keluarganya untuk berbincang tentang hubungan ini dengan lebih lanjut,"cerita Kamal yang juga terbaibit dalam drama Gemilang di TV3.

Perkembangan Terbaru
Bertanyakan tentang aktiviti terbarunya, jelas Kamal dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbarunya, Pertiga di bawah arahan Farid Kamil.
"Selepas habis penggambaran Gemilang, saya mula berada di lokasi Pertiga pula. Alhamdulillah, sekarang ini rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus. Dan sekarang ini, saya diuruskan oleh MIG, jadi jadual saya lebih teratur antara memilih filem ataupun drama,"jelasnya lagi.
sekian ..

Rita Rudaini Sudah Berbaik Dengan Keluarga Mertua





assalamualaikum ...


Yaty tumpang gembira bila mendengar yang hubungan keruh antara Rita Rudaini dan keluarga mertuanya sudah mula menjernih apabila kedua-dua pihak sudah menamatkan perselisihan faham yang tercetus hampir tiga tahun lalu.
Peristiwa air mata itu berlaku di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak pada malam Khamis lalu apabila Aidil Zafuan, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad dan Abdul Radzak Salleh untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.
Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.
Paling menyentuh hati kami bila ibu Aidil yang juga ibu mertua Rita mengatakan “Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” sambil memeluk Rita dengan linangan air mata. Kalaulah ini dikatakan sejak dulu lagi, pastinya perselisihan faham antara mereka takkan berpanjangan.
Dalam detik-detik yang turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak itu, Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini.
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga ini permulaan yang baik untuk lebih mengeratkan hubungan antara Rita Rudaini, Aidil Zafuan dan juga keluarga kedua-dua belah pihak.

dapatan gosip dari   beutifulnara.com

Gambar Noh Hujan dan Mizz Nina ketika Umrah...

assalamualaikum,,,

dulu,,,


sekarang ...


x laaa hahhaahha saja je wat lawak ckit ... kalaulah depa dua orng ni kahwin nnt n jadik camni kan bagus ...
insyaAllah ...


Dikhabarkan, tunang kepada Mizz Nina, Noh Hujan berada di Tanah Suci kira-kira seminggu lamanya. 

Noh sempat buat ibadah umrah itu dan balik ke tanah air pada 22 Januari lalu, sempat sampai ke Sri Pentas tepat pada waktu dijanjikan untuk membuat satu sesi uji bakat Mentor.
 Mengikut berita daripada BHarian, Mizz Nina kemungkinan tidak ikut Noh, mungkin dia mejemput Noh di KLIA dan sempat bergambar bersama.

sekian ...




tebukti Nabil Raja Lawak hangat bercinta dengan Myra ...



assalamualaikum ...

waduh-waduh mesra giler gmbar depa dua org nie... 

jom kita usha tengok ...


nak kata super impose confirm bukan kan ????
hehehhe...


btw semoga diaorng akan berkasih-kasihan sehingga berkekalan ...

sekian ...


Ahad, 30 Januari 2011

Lagu Insya-Allah versi Melayu nyanyian Maher Zain



assalamualaikum ,,,

ramai orang dok tercari2 lagu Maher Zain iaitu InsyaAllah dalam bahasa melayu ... waduh2 dont worry yaty dah pown ada....  just klik kat atas and playkan video 2 ....


sume gambar diambil dalam facebook waktu yaty tengah onl9 ...



sekian
... terima kasih ...

Sabtu, 29 Januari 2011

Noah Sinclair



assalamualaikum,,

Noah Sinclair menjadi pilihan sebagai nama anak lelaki pasangan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari. Bayi lelaki seberat 3.45kg itu dilahirkan secara pembedahan di Rumah Sakit Brawijaya, Jakarta.



Memetik laman DetikHot, menurut Ashraf, nama itu dipilih kerana ia merupakan nama Nabi yang membawa makna menenangkan.

Foto Ihsan www.twitter.com/ashrafsinclair

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...