JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Jumaat, 21 Januari 2011

MALAM BERINAI AYU RAUDAH

Assalamualaikum,,,

ayu raudah akan berkahwin hari ini jumaat 21/1/2011...


waduh waduh chomey ngat aihh bakal isteri zaquan adha nie.... mmg ayu gitu ...


bertuah sungguh zaquan kan kan kan !!!




semoga perkahwinan mereka akn berkekalan hingga ke akhir hayat ... dan semoga dimurahkan rezeki dan mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah ...


gambar diambil dari beutifulnara.com

DEBARAN AYU RAUDAH


Assalamualaikum ...


pelakon popular, Raudah Che Wan atau popular digelar, Ayu Raudah bakal menamatkan zaman bujangnya bersama tunangnya, pemain bolasepak Negeri Sembilan Zaquan Adha Abdul Razak.


Majlis yang bakal berlangsung di kampung halaman Ayu di Alor Setar, Kedah pada 21 Januari ini, mengambil tema taman Fairytale, dan ia ditatarias oleh kakaknya sendiri, Jaja.
Bakal menggayakan busana milik Man Kajang di majlis pernikahan, Ayu juga akan menyarungkan pakaian Rizman Ruzaini di majlis persandingan. Dia juga pilih busana Qudyn Kuala Lumpur untuk acara malam berinai.
Biarpun sudah sedia bergelar isteri kepada pemain bola sepak negara itu, menurut Ayu dia masih berdebar menanti kedatangan hari bahagianya ini.

"Susah nak jelaskan perasaan saya sekarang ini. Berdebar ada, teruja ada, takut pun ada. Maklumlah, ini hari paling bersejarah dalam kehidupan saya nanti, dan saya berharap sangat ia akan berjalan lancar.
"Persiapan di Alor Setar sudah pun siap sepenuhnya, tinggal menanti kepulangan saya sahaja. Kalau diikutkan, memang saya sudah mula bercuti sejak beberapa hari lepas, tapi banyak perkara perlu disiapkan sebelum saya berangkat pulang ke Kedah esok (Selasa).
"Kad jemputan sudah pun saya edarkan, dan pernikahan saya akan berlangsung selepas solat Jumaat pada 21 Januari ini, manakala majlis persandingannya akan dilangsungkan selepas itu,"jelasnya yang akan melangsungkan resepsi di Negeri Sembilan pada 30 Januari akan datang.

inilah rupa kad perkahwinan Zaquan Adha dan Ayu Raudah ..


gambar diambil dari beutiful nara 
dan mangga online

IrwanSyah Sudah Berumah Tangga ..



assalamualaikum ,,,



cerita pasal harini yaty bawu je dgr yg irwansyah nie dah kahwin tapi bukan dgn ACHA JELITA SEPTRIASA yee tapi dengan ZASKIA SUNGKAR ....
IrwanSyah bernikah dengan Zaskia Sungkar pada 15 Januari lalu dalam satu majlis yang meriah.



Empat hari bernikah, Irwansyah sudah kembali bekerja bagi mempromosikan filem terbarunya Love Story Selasa lalu.Tak sempat nak berbulan madu dulu la jawabnya. Maklumlah filem itu bakal menemui penonton dalam masa terdekat.  
Zaskia turut menyokong sang suami dengan hadir pada majlis promosi filem itu di Planet Hollywood, Jakarta.Dalam dalam filem ini, Irwan kembali bercinta dengan mantan pacarnya, Acha Septriasa. Bagi kedua-duanya, inllah filem terakhir mereka. Mereka tidak mahu berganding lagi kerana tak mahu timbul cerita kurang enak.

"Mungkin ini filem terakhir buat kita berdua. Jadi kita pasti akan kecewa kalau hasilnya nanti tidak baik. Kerana itu aku harapkan peminat akan menerimanya. Kami sudah berlakon sepenuh hati," kata Acha.

Irwan juga mengakui telah berusaha memastikan filem cinta romantik lakonan mereka akan mendapat sambutan hangat.
"Kita berusaha untuk mengetepikan semua (masalah) untuk filem ini. Kita mahu mengerjakan filem ini secara penuh hati kerana ini filem terakhir buat kita berdua," ujar Irwansyah pula.
Dalam Love Story Acha dan Irwan memang tampil begitu mesra seperti pasangan kekasih yang sedang dimabuk cinta. Kedua-duanya tak menjaga jarak sedikit pun.
Zaskia tidak tersinggung apabila menonton filem tersebut semasa diadakan tayangan perdana. Sebagai artis dia faham tugas suaminya yang bermain filem.
"Yang namanya filem itukan ada adegan tertentu yang romantis. Menurut saya, itu biasa dan saya harus berjiwa besar menerimanya," kata Zaskia.
Dalam filem ini Irwansyah berlakon sebagai Galih, lelaki yang realistik yang tinggal di desa bersama ibunya seorang tukang jahit. Galih kemudian memutuskan untuk pindah ke Bandung. Namun selang beberapa waktu akhirnya Galih memutuskan kembali ke kampung itu untuk melamar Rantih.
Sebelum melamar dia ingin Rantih percaya bahawa cinta bisa mengalahkan mitos-mitos itu.
"Iya karakter Galih di sini sangat unik namun memiliki kemahuan dan rasa cinta yang besar terhadap Rantih. Awalnya saya belum diajak dan dilibatkan dalam filem ini. Pengarahnya, Mas Hanny banyak casting pelakon lain juga dan akhirnya saya dipilih. Alhamdulillah saya diberi kepercayaan," kata Irwan.

gambar diambil dari mangga online

Ahad, 16 Januari 2011

si kecil mia sara ...

assalamualaikum....


story airni ialah pasal seorang pelakon yang sangat berbakat besar tapi masih lagi kanak2 ... sapa la yang x kenal dengan adik Mia Sara Nasuha ... yang pernah berlakon dengan lisa surihani dalam drama Adamaya ....




mia bersama dengan mama lisa nya di Anugerah skrin


chumil x




cutenyerr


bila dia besar nanti harap dia bakal menjadi seorang yang sangat berbakat besar dalam bidang lakonannya ...

Sabtu, 15 Januari 2011

mia sara nasuha bersama Dato SitiNurhaliza

assalamualaikum ,,,


cover terbaru URTV mengunakan dua orang yang sangat berbakat besar ... seorang diva dan seorng kanak2 yg sgt berbakat besar iaitu Dato SitiNurhaliza dan mia sara nasuha ... 


jom usha ckit



dua2 chumil gitu


















Rabu, 5 Januari 2011

filem KHURAFAT ...

assalamualaikum ....

filem seram yang bakal keluar pada 13/januari ini sebuah filem karya Syamsul Yusof iaitu KHURAFAT...


Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ... ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini... Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akurdengan kesilapan silamnya... perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung. Akhirnya apakah kesudahan KHURAFAT?




Khurafat
Pengarah :Syamsul Yusof
Syarikat Penerbit :Skop Production Sdn. Bhd. , Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)
Bahasa :Bahasa Melayu
kategori :Filem Cereka
Genre :Ngeri
Klasifikasi :PG-13 - Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun
Tarikh Tayangan :13 Januari 2011
Durasi :80 min







gambar kat bawah ni semua pelakon2 filem khurafat ..





ini pulak pelakon utama nya iaitu syamsul yusof n liyana jasmay ...



waahhh romantik gitu ..


p/s : sesiapa yang ada sakit jantung ka tgh mengandung ka jgn dok gatai nak p tgk k... hehehe


salah satu adengan seram yang ada dalam filem tersebut


jangan lupa saksikan KHURAFAT di pawangan yang berhampiran dengan anda k ...

babai ...

Selasa, 4 Januari 2011

InsyaAllah in Malay Version



assalamualaikum ....


Maher Zain semakin dikenali di Malaysia kini .... Lagu InsyaAllah kini sudah mempunyai 3 jenis bahasa yang digunakan ... Antaranya ialah, English version, Arabic version n now in Malay Version ... 

kata Maher Zain Malaysia seperti rumah keduanya ... jadi dia berhasrat untuk menjadikan lagu InsyaAllah nya dalam bahasa melayu ...



this is Maher zain



video yang dibawah ni bukannya Maher Zain yang nyanyi tapi best laa ...

tgk sendiri k ....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...