JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Jumaat, 21 Januari 2011

Ayu Semangat Baru Zaquan

assalamualaikum ,,,


ALOR SETAR, 22 JANUARI 2011: Selesai majlis akad nikah pada siang harinya, majlis resepsi pasangan pengantin baru, Zaquan Adha,dan Ayu Raudhah,berlangsung dengan meriahnya malam tadi.
Majlis yang diadakan di Taman Mawar, Alor Setar itu dihadiri lebih seribu tetamu yang terdiri dari ahli keluarga, rakan media, sahabat handai dan peminat yang teruja untuk menyaksikan kedua merpelai bersanding.



Keadaan penuh sesak ini membuatkan perjalanan majlis agak terganggu kerana peminat mengambil kesempatan untuk bergambar dengan pengantin.

Zaquan dan Ayu yang mengenakan persalinan dari Rizman Ruzaini tiba lebih kurang jam 9 malam dan majlis dimulakan dengan bacaan doa sebelum majlis tepung tawar dari keluarga kedua-dua belah pihak.

Zaquan yang ditemui ketika majlis, menyifatkan hari ini sebagai hari yang penuh bermakna buat dirinya. Sambil menyifatkan isterinya itu sebagai satu semangat baru bagi dirinya, Zaquan bersyukur kerana percintaan dia dan Ayu akhirnya tiba ke jinjang pelamin.

"Syukur, Alhamdulillah. Segalanya sudah selesai di sini. Cuma menunggu majlis di sebelah pihak saya pula. Untuk bulan madu pula, saya belum fikirkan lagi sebab selepas ini saya akan kembali berlatih bersama Negeri Sembilan. Jadi mungkin kami berbincang perkara ini kemudian.


"Soal anak pun saya masih belum terfikir lagi. Segalanya terpulang pada rezeki," ulas Zaquan sambil tersenyum.

Bagi Ayu Raudhah, mengahwini Zaquan adalah ibarat satu impian yang kini tercapai. "Alhamdulillah, jodoh saya sememangnya dengan Zaquan.

"Seperti Zaquan cakap tadi, kami masih belum memikirkan soal bulan madu atau anak. Segala-galanya terpulang kepada rezeki.

"Selepas ini saya akan meneruskan karjaya saya sebagai pelakon. Zaquan sendiri tidak menghalang saya dari meneruskan karier dalam bidang ini.
"Cuma dia ada berpesan, perlu pandai menyesuaikan diri dan memilih antara karier dan kerjaya," jelas Ayu penuh mempersona.





Majlis resepsi ini turut menyaksikan majlis memotong kek di mana Zaquan dan Ayu menukar persalinan menggunakan pereka yang sama iaitu Rizman Ruzaini. Turut hadir ke majlis itu ialah pemain-pemain bola sepak tempatan yang mana majoriti darinya ialah pemain skuad Kedah iaitu Khairil Muhymeen, Sabri Abu, Helmi Eliza dan jurulatih skuad Kedah sendiri, Haji Ahmad bin Yusof.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...