JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Isnin, 28 November 2011

Drama Bersiri Bunga April Lakonan Shahz Jaszle ...


BUNGA APRIL Apabila Cinta Menggugat Pertalian Darah







Apa yang perlu dilakukan oleh si gadis yang tersepit di antara cinta dua jejaka yang berlainan niat? Antara Azman dan Johar, yang manakah menjadi pilihan hati April? Saksikan kisah suka duka dua beradik lelaki yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai ujian dan taktik kotor daripada musuh lama keluarga yang nekad melihat mereka kecundang menerusi drama terbaru di slot Samarinda, BUNGA APRIL.


Disiarkan pada setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam, bermula 22 November ini, BUNGA APRIL adalah sebuah kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan HNJ Pictures Sdn Bhd. Hasil nukilan dan arahan Along Kamaludin, drama BUNGA APRIL dijayakan oleh barisan pelakon hebat seperti Tasha Shilla, Shahz Jaszle, Zack X-Factor, Mustapha Kamal, Redzuan Hashim, Noniswara, Aida Aris dan Hanez Suraya.

BUNGA APRIL menyelami dunia korporat disebalik kemegahan syarikat Wangsa Holding, dimana ketokohan dan kewibawaan Tan Sri Azmi (Mustapha Kamal) diwarisi oleh anak kandungnya, Azman (Zack X-Factor). Terkenal dengan karisma yang tinggi, Azman dilihat sebagai individu yang paling layak untuk menerajui syarikat ayahnya suatu hari nanti. Kesungguhan Azman juga menjadi kebanggaan Puan Sri Hamidah (Noniswara), seorang ibu dan isteri kepada keluarga Tan Sri Azmi.
Berbanding Azman, Johar (Shahz Jazle) pula berbeza acuannya. 

Merupakan anak tiri Tan Sri Azmi hasil daripada perkahwinan kedua bersama Puan Sri Aishah (Aida Aris), Johar lebih selesa jika tidak bergelumang di dalam dunia korporat. Mewarisi sikap rendah diri dan keperibadian yang sederhana daripada ibunya, Johar sering menjadi rujukan dan pilihan kedua di dalam apa sahaja keputusan dan pilihan yang dibuat oleh Puan Sri Hamidah. Walaubagaimanapun, Tan Sri Azmi sedar bahawa kedua-dua anak lelakinya mempunyai kelebihan masing-masing, berdasarkan hubungan mereka yang cukup rapat, bagai isi dan kuku.

Langit tidak selamanya cerah, kejayaan dan kemegahan keluarga dan syarikat milik Tan Sri Azmi dicemburui dan menjadi dendam bagi Sophian (Redzuan Hashim), rakan lama Tan Sri Azmi. Turut memiliki sebuah syarikat yang dikenali sebagai Media Corp, dan syarikat tersebut hanyalah untuk menutup mata pihak berkuasa daripada menghidu kegiatan sebenar beliau sebagai seorang taikun kongsi gelap dan mempunyai ramai pengikut. April (Tasha Shilla), anak tunggal Sophian ternyata tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan bapanya untuk memperoleh kekayaan dan kejayaan. Sebagai tanda protes, April meninggalkan jejak langkah bapanya dan membuka sebuah kedai kecil menjual bunga.

Johar jatuh hati apabila terlihat kecantikan dan ciri-ciri ringkas yang terdapat pada April. Setelah beberapa minggu menyakat April, Johar memperkenalkan dirinya sebagai Junaidi atau ‘Jun’ dan hubungan mereka menjadi rapat dan akhirnya cinta berputik dan semakin mekar setiap hari. Disebabkan cinta, Johar tekad untuk memajukan diri dan langkah terbaik yang mampu dilakukannya bermula di Wangsa Holding. Pada masa yang sama, Sophian sudah tidak dapat membendung rasa geram dan cemburu dihatinya terhadap Tan Sri Azmi mengambil keputusan untuk mengugut kawan lamanya itu serta ingin mengahwinkan April dengan Azman sebagai jaminan ikatan pertalian di antara dua keluarga.



Demi maruah keluarga, Azman bersetuju. Pada mulanya, April mengamuk apabila mendapat tahu bahawa bapanya telah menerima pinangan untuk dirinya namun keadaan menjadi reda setelah dia mengetahui bahawa pinangan tersebut datang daripada keluarga Tan Sri Azmi. Tiba-tiba, keadaan kembali menjadi tegang apabila Puan Sri Hamidah membocorkan rahsia mengenai pinangan tersebut sebenarnya datang daripada Azman dan bukan ‘Jun’ iaitu Johar. Sangkaan April ternyata meleset dan dia mula memberontak.

Apakah kesudahan yang bakal terjadi kepada Tan Sri Azmi, Azman, Johar dan April? Mampukah Wangsa Holding diselamatkan daripada niat jahat Sophian? Jangan lupa untuk menyaksikan kesudahannya di dalam BUNGA APRIL yang bersiaran sebanyak 25 episod, pada setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam di slot Samarinda, hanya di TV3.


Amazing 3D Floor Art ...


3 D Floor Art ... Macam real kan? tapi hanyalah sebuah lukisan sahaja ... 













kasut yang unik ...


Pelbagai jenis kasut sudah direka oleh pereka2 yang profesional ... Gambar kasut2 dibawah sgt unik .. tapi bg yaty laa kasut2 dibawah ni kurang sesuai  utk dipakai sbbnye mungkin akan memudaratkan kita sendiri ...















p/s: kalau nak cari kasut carilah yang selesa dipakai dan tidak memudaratkan kita k ...

Soal jawab Islam mengenai 'Contact Lens'...



Penggunaan contact lense amat popular di kalangan kita terutama pada perempuan. Contact lense ni digunakan bukan sahaja untuk memperbaiki penglihatan, malah digunakan untuk menambah seri wajah. 


Tetapi adakah sah sembahyang orang yang menggunakan lense ni kerana air sembahyang tidak kena pada anak mata.


Bagaimana pula ketika berpuasa? Bolehkah memasukkan lense ke dalam mata? 


Bagaimana pula sekiranya solution yang digunakan mengandungi alkohol? 



Jawapan :
  • Kalau memakai contact lense tidaklah mempengaruhi wuduk, kerana syarat wajib wuduk tidaklah sampai membasuh biji mata. Wuduk tetap sah dan boleh mengerjakan solat. 
  • Begitu juga tentang puasa ia tetap sah sebab bukan memasukkan sesuatu melalui dua rongga. 
  • Solution bukanlah alkohol tetapi sejenis ubat (pelincir) untuk mata (alkohol adalah sangat merbahaya kalau terkena pada biji mata).

Girl Generation ...













Kenapa orang Islam sembah bangunan Kain Hitam tu??



"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"  
"Oh... Itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah."   
"Baitullah tu apa?" 
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah."   
"Allah ada dalam tu?"   
"Tak..."   
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"   
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu."   
"Kamu sembah apa?"   
"Saya sembah Allah SWT."   
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"   
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah."   
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"   
"Pernah. Selalu..."   
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"   
"Tengok perlawanan bola la!"   
"Di mana?"   
"Dalam tv la!"   
"Cuba bukak tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak."   
"Memanglah tak ada... Tapi itukan gambarnya ada."   
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu."   
"Takde. So?"   
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola. Betul tak?"   
"Tak. Aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu."   
"Peliknya."   
"Sebab apa pulak pelik?"   
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa. Yang ada hanya wayar yang berselirat je."   
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar je, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya."   
"Hurm. Jadi tak peliklah ni?"   
"Ya. Tak pelik."   
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah SWT, walaupun dalam Kaabah tak ada Allah."
"Erk... Kau betul."

Ahad, 27 November 2011

Ogy Ahmad Daud Akan Saman Johan Raja Lawak Kerana Menghinanya ....





Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.


Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu.




Sebenarnya tidak nampak pada mata kami seolah Fauziah sedang menahan perasaan malam itu, tetapi dia berkata:-
Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.
Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.
Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.
Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.
Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali.
Tidak menafikan Johan berbakat dalam bidang jenaka, Fauziah menambah yang Johan turut datang lewat 3 jam untuk latihan:-
Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.
Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.
Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia. Kalau dia nak jawab, jawablah pada Astro.

 Fauziah juga nekad dengan keputusannya untuk menyaman Johan:-
Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur.
Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati.
Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis.
Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu.
Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru.
Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini.

Majlis Resepsi Syella Kamaruddin ...




Syella Kamaruddin, penyanyi yang juga dikenali dengan butik perkahwinannya D’Syella Place telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang VVIP yang tidak kami ketahui namanya Jumaat lepas. Jangan tanya kami mana pengantin lelaki untuk gambar ini, kerana Syella dikatakan bersanding seorang diri sahaja atas sebab-sebab tertentu. Apa pun, gambar-gambar ni cantik, kan? Kami suka kontra warna putih dan merah ros.



Perkahwinan Syella dikatakan bernilai RM 15 juta dan dia juga dikhabarkan menerima hadiah sebuah banglo dan sebuah kereta mini-cooper sebagai hantaran perkahwinan. Tahniah diucapkan, semoga berkekalan ke akhir hayat.


Pertunangan Dan Pernikahan Ezlynn dan Adam Fahmy ...



Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu ‘Hi Hi Bye Bye’ Ezlynn, 30, telah sah bergelar isteri kepada Adam Fahmy Shamsudin, 35, yang juga pengurus peribadinya tepat jam 5.55 petang semalam. Ezlynn yang anggun mengenakan busana rekaan Oscar Jeprey menerima wang hantaran sebanyak RM 20,020.20, mas kahwin RM 80. Majlis pertunangan dan pernikahan Ezlynn telah diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.




sumber dari : beautifulnara.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...