JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Memaparkan catatan dengan label farid kamil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label farid kamil. Papar semua catatan

Rabu, 16 Mac 2011

FILEM KONGSI- LU LANGSI LU MATI


SINOPSIS VIDEO TRAILER FILEM KONGSI-LU LANGSI LU MATI




Pengarah-Farid Kamil

Lakonan-Shaheizy Sam,Fizo Omar,Yana Samsudin,Azad,Bront Palarae dan Putri Mardiana

Tarikh Tayangan-12 Mei 2011

Apsal tajuk cite 'Kongsi'? Ape yang dorang nak kongsi-kongsi ni. Ini sebenarnya Tajuk Filem Kedua Farid Kamil yang bakal menemui anda di pawagam pada tahun hadapan. Kalau cakap Farid Kamil  mestilah Metrowelth punya filem. Biasalah, anak emas kan. Kalau di lihat dari trailer, sudah pasti jauh lebih bagus berbanding filem yang katanya '40juta' tu kan.








"Kongsi" adalah sebuah filem komedi aksi arahan pengarah muda Farid Kamil. Gambar-gambar di sebalik tabir ini diambil pada hari penggambaran yang ke-20 bertempat di Jalan Petaling, Kuala Lumpur. "Kongsi" dijangka akan siap untuk tayangan pada akhir tahun atau awal tahun 2011. Dengar cerita Farid nak cuba untuk habiskan penggambaran dalam masa 26 hari je? Harap-harap hajat Farid berkesampaian ya. -

Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam(Tumulak), Fizo Omar (ASP Shariff), Azad Jazmin(Mikail), Yana Samsuddin (Detektif Maya), Putri Mardiana (Yati), Bront Palarae, Pak Pie, Chew Kin Wah, Poonah dan ramai lagi. Nantikan kemunculan Kongsi tidak lama lagi. Sudah pastinya menarik pabila Shaheizy Sam sekali lagi digandingkan dengan Azad Jazmin yang pada ketika ini telah memecahkan panggung dengan rekod dari filem Ngangkung. Tabik spring buat Sam yang sebelum ini juga membuatkan Adnan Semp-it luar biasa di panggung.

Sedikit sinopsis Filem Kongsi:

Seorang pembunuh upahan dari Thailand iaitu TUMULAK diupah gangster Siam untuk membunuh ketua - ketua kongsi gelap Melayu, India & Cina dalam Malaysia bagi merampas kuasa dan perniagaan. Filem aksi komedi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian. Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Zul Handyblack) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas.Apakah kesudahan filem kongsi ini?sama-sama kita nantikan...

Apa yang menariknya filem ini, buat pertama kali jugalah sebuah filem tempatan menaruhkan aksi hebat kereta Evo polis dalam aksi kejar mengejar(tengok trailer). Logik juga, takkan’lah nak kejar Nissan GTR (betul ke kereta tu?) ahli kongsi gelap dengan Waja polis. Dan, jarang juga kita melihat kereta polis dihancurkan dalam babak filem, tetapi dalam filem Kongsi, babak hancur menghancur dipaparkan.




      

Ahad, 13 Februari 2011

"Bercinta Dengan Orang Utan" - Farid Kamil Kecewa



assalamualaikum


PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil kecewa apabila sebuah artikel di ruangan pojok pada sebuah akhbar mengatakan ingin melihat pelakon itu bercinta dengan seekor orang utan.

Menurutnya, walaupun ia ditulis ringkas yang berbunyi, Nak Tengok Farid Kamil Bercinta Dengan Orang Utan, ayat tersebut ternyata memberi impak negatif terhadap diri, keluarga serta peminat-peminatnya.

"Itu satu penilaian yang kurang sopan apabila ayat itu mengaitkan saya dengan seekor haiwan mamalia.

"Saya kecewa bila orang menilai saya sebegitu rupa. Apa-apa pun, terima kasih kepada orang yang ingin melihat saya bercinta dengan orang utan. Mungkin mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk diri saya," katanya dengan nada sinis.

Tambah pelakon tersebut, dia berharap agar pihak yang mengata buruk tentangnya berfikir sebelum menulis dan tiada lagi kata-kata negatif yang membabitkan haiwan ditujukan kepadanya lagi atau orang lain.

Sementara itu, Farid gembira apabila badannya semakin susut dan tidak menggelebeh hasil daripada latihan menunggang kuda sejak beberapa bulan yang lalu.
"Setiap kali saya tidak mempunyai apa-apa kerja, saya akan menghabiskan masa menunggang kuda.

"Memang sejak kecil lagi saya meminati sukan polo. Dan alhamdulillah, saya baru sahaja melepasi ujian Royal Malaysia Polo Club di mana saya boleh menyertai perlawanan kuda jika mahu.

"Justeru itu, saya juga telah membeli seekor kuda untuk memudahkan saya membuat latihan," jelasnya yang sedang sibuk mengarah filem barunya, Petiga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...