JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Memaparkan catatan dengan label kru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kru. Papar semua catatan

Rabu, 1 Jun 2011

Karak Dihantui Makhluk Halus CGI


assalamualaikum ...

wahhh lama sungguh x update blog ni .. ok arini yaty nak update pasal wayang iaitu filem karak ..


Dibintangi oleh

Shahir AF8, Shera Aiyob, Kilafairy, Along Eyzendy, Sidek Hussain dan Sobri Anuar

Genre

Seram Ngeri

Ulasan

Yaty pasti ramai yang sudah dengar dan tahu mengenai kisah-kisah paranormal yang berlaku di lebuhraya Karak. Pelbagai versi yang kita dengar mengenai kejadian yang berlaku di situ antaranya Volkswagen kuning, kelibat ibu dan anak, halilintar, kematian suami atas bumbung kereta, perkuburan orang asli dan banyak lagi.


Berlandaskan kisah misteri seram dan urban legend ini, KRU Studios tampil dengan filem ke-9 mereka berjudul, Karak. Apa yang boleh yaty katakan mengenai filem seram pertama arahan Yusry Abdul Halim ini, ia memang lain dari yang lain berbanding filem seram yang sudah ada sebelum ini.


Apa yang menariknya, Karak menampilkan 10 imej entiti makhluk halus dengan gabungan kesan khas make-up serta teknik CGI di mana ia mampu membuatkan penonton di pawagam menjerit ketakutan. Dengan kreativiti serta penggunaan teknik CGI tersebut, hantu yang dipaparkan dalam filem ini nampak ‘real’.

Selain hantu yang dipaparkan, kekuatan jalan cerita serta penampilan pelakon yang rata-ratanya dari pelakon baru ini juga menghidupkan lagi filem urban legend ini. Walaupun masih baru dalam dunia lakonan, mereka berjaya membawakan watak masing-masing dengan baik.



Bagi yaty, filem Karak memang menyeramkan dan penuh suspen. Minit pertama saja sudah membuatkan satu pawagam menjerit ketakutan. Rakan-rakan yaty sendiri yang menontonnya juga sampai tutup muka, takut nak tengok.

Namun, bagi yaty, klimaks filem ini hanya terletak pada babak pertama saja di mana ketika ia menampilkan kisah-kisah urban legend di lebuhraya Karak. Walaubagaimanapun, elemen seram mulai tenggelam ketika babak di sebuah rumah usang yang terletak di dalam hutan.

Selain seram, filem ini turut diselitkan dengan unsur humor. Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem pertama arahan Yusry Abdul Halim, Karak di pawagam berhampiran anda bermula 26 Mei 2011.





Sinopsis
Karak mengisahkan tentang empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak.

Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan.





Info
Tarikh tayangan : 26 Mei 2011

Ketika penggambaran dalam hutan, krew produksi diganggu oleh makhluk halus di mana mereka nampak kelibat hulubalang berkaki satu serta mahkluk berwarna-warni setinggi pokok. Walaubagaimanapun, tidak ada siapa yang kena rasuk dan meracau.


Selasa, 1 Mac 2011

Senarai Peserta Protege Mentor Musim 5


Assalamualaikum ...

Petaling Jaya, 1 Mac 2011 – Program realiti paling popular, Mentor musim ke-5 telah menerima sambutan yang sangat luar biasa semasa berlangsungnya sesi uji bakat pada 18 & 19 Disember 2010 di Sabah, 1 dan 2 Januari 2011 di Sarawak seterusnya sesi pemilihan yang dikendalikan oleh barisan Mentor sendiri di Sri Pentas, Petaling Jaya.

Menerusi TV3, para penonton sudah menyaksikan 2 episod awal Mentor 5 mulai 13 Februari (Ahad) jam 9.00malam yang memaparkan pelbagai karenah dan aksi para peserta yang telah membanjiri perkarangan Sri Pentas untuk bergelar protege bagi Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh (Hujan), Rahim Maarof, Edry Abd Halim dan Erra Fazira.

Teka teki siapakah 6 protege yang terpilih untuk berentap dalam musim ke-5 bersama barisan Mentor masing-masing sudah terjawab di mini showcase Mentor 5 yang berlangsung di Pusat Membeli Belah 1 Utama (Sayap Baru) pada hari ini.

Salma, Ayish, Ratnah, Shiha, Aiman dan Iqa 6 protege yang berjaya mengharungi sesi ujibakat yang disertai oleh ribuan orang. 

Salma (Erra Fazira), Ayish (Noh Hujan), Ratnah (Afdlin Shauki), Shiha (Datuk Sharifah Aini), Aiman (Rahim Maarof) dan Iqa (Edry Abd Halim) telah membuktikan kemampuan diri dan potensi untuk berentap di gelanggang Mentor 5 bersama sifu masing-masing.

Gambar Peserta & Protege kepada Mentor musim 5


RATNAH, PROTEGE KEPADA AFDLIN SHAUKI


IQA – PROTEGE EDRY ABDUL HALIM


SHIHA, PROTEGE DATUK SHARIFAH AINI


AYISH, PROTEGE KEPADA NOH HUJAN


Salma bersama mentornya Erra Fazira


Edry KRU bersama protegenya, Iqa yang merupakan vokalis sebuah band pop, Water Cap. Juga boleh bermain bass.


Afdlin Shauki bersama protegenya, Ratnah.


Aiman, protege kepada Rahim Maarof




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...