JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Selasa, 1 Mac 2011

Senarai Peserta Protege Mentor Musim 5


Assalamualaikum ...

Petaling Jaya, 1 Mac 2011 – Program realiti paling popular, Mentor musim ke-5 telah menerima sambutan yang sangat luar biasa semasa berlangsungnya sesi uji bakat pada 18 & 19 Disember 2010 di Sabah, 1 dan 2 Januari 2011 di Sarawak seterusnya sesi pemilihan yang dikendalikan oleh barisan Mentor sendiri di Sri Pentas, Petaling Jaya.

Menerusi TV3, para penonton sudah menyaksikan 2 episod awal Mentor 5 mulai 13 Februari (Ahad) jam 9.00malam yang memaparkan pelbagai karenah dan aksi para peserta yang telah membanjiri perkarangan Sri Pentas untuk bergelar protege bagi Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh (Hujan), Rahim Maarof, Edry Abd Halim dan Erra Fazira.

Teka teki siapakah 6 protege yang terpilih untuk berentap dalam musim ke-5 bersama barisan Mentor masing-masing sudah terjawab di mini showcase Mentor 5 yang berlangsung di Pusat Membeli Belah 1 Utama (Sayap Baru) pada hari ini.

Salma, Ayish, Ratnah, Shiha, Aiman dan Iqa 6 protege yang berjaya mengharungi sesi ujibakat yang disertai oleh ribuan orang. 

Salma (Erra Fazira), Ayish (Noh Hujan), Ratnah (Afdlin Shauki), Shiha (Datuk Sharifah Aini), Aiman (Rahim Maarof) dan Iqa (Edry Abd Halim) telah membuktikan kemampuan diri dan potensi untuk berentap di gelanggang Mentor 5 bersama sifu masing-masing.

Gambar Peserta & Protege kepada Mentor musim 5


RATNAH, PROTEGE KEPADA AFDLIN SHAUKI


IQA – PROTEGE EDRY ABDUL HALIM


SHIHA, PROTEGE DATUK SHARIFAH AINI


AYISH, PROTEGE KEPADA NOH HUJAN


Salma bersama mentornya Erra Fazira


Edry KRU bersama protegenya, Iqa yang merupakan vokalis sebuah band pop, Water Cap. Juga boleh bermain bass.


Afdlin Shauki bersama protegenya, Ratnah.


Aiman, protege kepada Rahim Maarof




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...