JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Jumaat, 4 Mac 2011

The Malay Chronicles: Bloodlines (Hikayat Merong Mahawangsa)



Filem Hikayat Merong Mahawangsa, atau dalam tajuk Inggeris,  The Malay Chronicles: Bloodlines merupakan sebuah filem terbitan KRU Studio akan ditayangkan secara serentak di 34 negara, pada 10 Mac 2011. Keunikan filem ini mengabungkan cerita-cerita sejarah dan mitos tiga tamadun terkenal dunia iaitu Melayu, China dan Rom.
Susunan muzik daripada Malaysian Philharmonic Orchestra menguatkan lagi jalan cerita Hikayat Merong Mahawangsa, yang juga didokong oleh penggunaan teknik CGI yang amat cantik, dan natural. Yaty lihat percubaan berani KRU Studio untuk menghasilkan filem bertaraf antarabangsa ini, boleh berjaya.


Genre:                                                          
Action / Epic

Status:
Coming Soon 

Director:
Yusry Abdul Halim

Language:
English/malay

Cast:
Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu,
Gavin Stenhouse, Craig Robert
Fong, Eric Karl Henrik Norman,
Keith Chong
W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali,
Khir Rahman, Ummi Nazeera,
Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida,
Kuswadinata, Mano Maniam,
Ravi Sunderlingam


Mengisahkan Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan.

Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?









p/s:harap semua penonton akan berpuas hati dengan filem nie...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...