JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Terdapat ralat dalam alat ini

Jumaat, 25 Februari 2011

Misha Omar jadi isteri ke-3 Datuk?

assalamualaikum...

Memang sungguh mengejutkan sekali apabila sisipan Utusan edisi Minggu mengatakan yang penyanyi 'seram', Misha Omar sudah berkahwin. Kahwin ok lah, tapi ini kahwin untuk jadi isteri ke-3. Maknanya madu tiga lah ni. Suami Misha tu katanya bernama Datuk K juga. Bukan Datuk K hak milik Dato' Siti, yang ini Datuk K lain punya daerah. Hehe. Tunggu sahajalah jawapan Misha mengenai perkhabaran tidak rasmi ini, kalau betul tahniah lah, kalau tidak, korang diluar sana masih ada peluang lagi. Hehe.



Popular sungguh nama Datuk K di kalangan orang industri hiburan kita ni. Tapi yang ini bukan Datuk Khalid suami kepada Siti Nurhaliza. Ini Datuk K yang lain okey.

Bapa saudara kepada Datuk K kawan baik kepada kawan ofis Joyah. Dia pun berceritalah kepada teman Joyah. Katanya, sudah sah Misha dah jadi isteri ketiga kepada anak saudaranya seorang usahawan yang cukup berjaya di Kelantan itu.

Tarikh kahwin tak pula diberitahu tapi apa yang membuatkan Joyah nak pitam, dengar khabarnya Misha menerima hadiah wang lebih kurang RM1 juta ringgit, rumah dan lain-lain aset yang cukup banyak.

Amboi, untung betul jadi Misha Omar, rezeki cukup murah sebab dapat hadiah begitu banyak. Untung badan orang cantik dan popular macam Misha.

Kalau benar seperti mana yang disampaikan, rasanya tak terlambat untuk Joyah ucap selamat pengantin baru. -Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...