JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Jumaat, 18 Februari 2011

Remy Ishak ditendang sampai cedera

assalamualaikum..

Kesihan sungguh dengan pelakon kacak, Remy Ishak ni. Dah lah kena 'bedal' dulu oleh gengsterism kini ditendang pula sampai dikatakan tulang rusuknya cedera. Adoi, apa nak jadi ni. Kuat sangat di 'bedal' kang tak lama lagi Remy guna tulang besi lah ni. Tapi nasiblah tak cedera teruk sangat kata Remy, cuma kecil sahaja, dan tak ditahan di wad.




“Saya mengalami kecederaan di tulang rusuk kanan ketika menjayakan satu babak pergaduhan dalam filem terbaru saya berjudul ‘Barajiwa’. Ketika melakukan babak itu, saya telah ditendang sehingga menyebabkan tulung rusuk saya lebam.

“Selepas ditendang, saya tak boleh bangun dan telah dibawa ke klinik untuk menjalani ujian x-ray. Ia cedera kecil saja, tapi sebab ia melibatkan bahagian dalam, jadi agak merisaukan juga. Nasib baiklah insiden ini berlaku pada hari terakhir penggambaran,” kata Remy ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama pelakon filem 'Cun!' baru-baru ini oleh wartawan Gua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...