JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Jumaat, 18 Februari 2011

Sam Ada Kumpulan Baru(The Azenders) Dan Nafi Bunkface Berpecah

assalamualaikum ..



Terkejut eden dengar berita yang menyatakan kumpulan Bunkface bakal berpecah. Khabarnya Sam, vokalis Bunkface dah ada kumpulan baru yang diberi nama The Azenders. Manakala ahli kumpulan Bunkface iaitu Paan dan Youk pula masing-masing turut dirisik untuk menjadi gitaris kumpulan Hujan dan One Buck Shot. Sedih sangat kalau Bunkface, salah satu artis Indie yang hebat berpecah.
Apabila ditanya tentang gosip perpecahan kumpulan Bunkface ini, Sam menjawap:-
'Memang saya akui ada beberapa masalah antara saya dalam Bunkface, tetapi saya tidak menarik diri. Cuma saya lebih memberi perhatian kepada The Azenders kerana ia sebuah kumpulan yang baru.Penubuhan The Azenders ini sekadar projek sampingan saya di mana konsep muzik yang dibawakan lebih segar dan lain daripada muzik-muzik yang ada di negara kita.'
Harap-harap Sam dan Bunkface dapat menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin. Rugi benar kalau kumpulan sehebat Bunkface ini berpecah. Nama pun dah kukuh dalam industri muzik tempatan. Bukan senang nak femeskan kumpulan baru.Jangan gaduh-gaduh ye. ^__^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...