JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Jumaat, 4 Mac 2011

Style Hana Tajima ...

Selendang adalah trend terkini untuk para gadis.. Pelbagai jenis pemakaian selendang yang boleh digayakan.. 

Antara yang memikat hati gadis2 masa kini ialah style selendang yang hana tajima gayakan... Ada juga yang meminati gaya Yunalis Zarai ... dan tak lupa pula ada yang meminati cara penggayaan Heliza Helmi..

kali nie yaty nak tunjukan style Hana Tajima dulu lah yee...

hehe.. bukannye apa Hana tajima ni seorang yang sangat comel dan pandai menggayakan pelbagai style selendang..

kalau tak percaya meh sama2 tengok gambar kat bawah ok...












sapa yang nak bertukar gaya pemakaian selendang boleh laa tiru gaya Hana Tajima ni ok..


The Malay Chronicles: Bloodlines (Hikayat Merong Mahawangsa)



Filem Hikayat Merong Mahawangsa, atau dalam tajuk Inggeris,  The Malay Chronicles: Bloodlines merupakan sebuah filem terbitan KRU Studio akan ditayangkan secara serentak di 34 negara, pada 10 Mac 2011. Keunikan filem ini mengabungkan cerita-cerita sejarah dan mitos tiga tamadun terkenal dunia iaitu Melayu, China dan Rom.
Susunan muzik daripada Malaysian Philharmonic Orchestra menguatkan lagi jalan cerita Hikayat Merong Mahawangsa, yang juga didokong oleh penggunaan teknik CGI yang amat cantik, dan natural. Yaty lihat percubaan berani KRU Studio untuk menghasilkan filem bertaraf antarabangsa ini, boleh berjaya.


Genre:                                                          
Action / Epic

Status:
Coming Soon 

Director:
Yusry Abdul Halim

Language:
English/malay

Cast:
Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu,
Gavin Stenhouse, Craig Robert
Fong, Eric Karl Henrik Norman,
Keith Chong
W. Hanafi Su, Dato' Rahim Razali,
Khir Rahman, Ummi Nazeera,
Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida,
Kuswadinata, Mano Maniam,
Ravi Sunderlingam


Mengisahkan Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan.

Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?









p/s:harap semua penonton akan berpuas hati dengan filem nie...


Khamis, 3 Mac 2011

Siti Rakam Album Inggeris Pertama



Album Inggeris Pertama

SITI MENGAKUI SUKAR MERAKAMKAN LAGU INGGERIS
Disisi kerjaya, Siti Nurhaliza kini membawa khabar gembira bahawa dia bakal muncul dengan album terbaru tahun ini. Berbeza dengan album-album sebelum ini, Siti muncul dengan album inggeris pertama setelah beberapa tahun mengimpikannya.
"Sebenarnya plan untuk merakamkan album inggeris ini sudah lama, tapi ia tertangguh. Tapi kini selepas ulang tahun saya yang lalu, saya membuat keputusan untuk merakamkan album ini secara serius.

"Setakat ini saya sudah merakamkan enam buah lagu, dan mungkin empat lagi akan dilakukan dalam masa terdekat ini.
"Saya mendapat kerjasama daripada komposer Australia, Brian Bruno dan Christian Alexander. Sebenarnya album ini lebih kepada projek khas saya antara SNP dan Wassup Entertainment (milik adib, anak Datuk Khalid).
"Untuk permulaan, album ini akan di pasarkan di Malaysia terlebih dahulu, dan saya berharap ia juga boleh dipasarkan di pasaran antarabangsa.
"Tak dinafikan, memang agak sukar untuk merakamkan album ini, lebih-lebih lagi mereka mahu kita menyanyi dalam 'slang' mereka, tapi Alhamdulillah, setakat enam buah lagu yang dirakamkan, saya berjaya melaksanakannya,"jelas Siti.

Ulat dalam Kepala !!!




Warga emas tersebut bernama Shota Fujiwara dan berasal daripada negara Jepun. Beliau adalah penggemar Sushi & Sashima sejak daripada kecil lagi. Sehinggalah dalam lingkungan umur 60 tahun, beliau telah merana akibat sakit dalam kepala yang didakwanya migrin. Setelah tiga tahun lamanya menanggung kesakitan dan mengalami Psychomotor Retardation, beliau mengalah dan berjumpa doktor. Lalu doktor menjalankan X-ray untuk memastikan apa penyakit yang dihadapi oleh beliau. Doktor terperanjat apabila terdapat benda-benda kecil yang dipercayai ulat di kepalanya, tetapi bernasib baik kerana ia masih tidak menembusi tempurung kepalanya.

Doktor terus melakukan pembedahan untuk membersihkan kepala encik Shota.




Pasti para pembaca tertanya-tanya dari mana datangnya ulat-ulat tersebut. Sebenarnya ulat-ulat tersebut datang daripada pemakanan encik Shota iaitu gemar memakan Sushi & Sashima yang mentah. Ulat-ulat tersebut mungkin datang daripada daging ikan dan makanan laut lain yang tidak dimasak terlebih dahulu. Sepatutnya, setiap makanan yang mentah hendaklah dimasak pada suhu 100 darjah celsius dan dibekukan pada 0-4 darjah celsius untuk mematikan kuman dan ulat yang sedia ada di dalamnya.

Oleh itu, kepada penggemar Sushi & Sashima, berhati-hatilah ketika mahu menjamah. Pastikan makanan tersebut betul-betul masak dan selamat dimakan.

Selasa, 1 Mac 2011

Senarai Peserta Protege Mentor Musim 5


Assalamualaikum ...

Petaling Jaya, 1 Mac 2011 – Program realiti paling popular, Mentor musim ke-5 telah menerima sambutan yang sangat luar biasa semasa berlangsungnya sesi uji bakat pada 18 & 19 Disember 2010 di Sabah, 1 dan 2 Januari 2011 di Sarawak seterusnya sesi pemilihan yang dikendalikan oleh barisan Mentor sendiri di Sri Pentas, Petaling Jaya.

Menerusi TV3, para penonton sudah menyaksikan 2 episod awal Mentor 5 mulai 13 Februari (Ahad) jam 9.00malam yang memaparkan pelbagai karenah dan aksi para peserta yang telah membanjiri perkarangan Sri Pentas untuk bergelar protege bagi Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh (Hujan), Rahim Maarof, Edry Abd Halim dan Erra Fazira.

Teka teki siapakah 6 protege yang terpilih untuk berentap dalam musim ke-5 bersama barisan Mentor masing-masing sudah terjawab di mini showcase Mentor 5 yang berlangsung di Pusat Membeli Belah 1 Utama (Sayap Baru) pada hari ini.

Salma, Ayish, Ratnah, Shiha, Aiman dan Iqa 6 protege yang berjaya mengharungi sesi ujibakat yang disertai oleh ribuan orang. 

Salma (Erra Fazira), Ayish (Noh Hujan), Ratnah (Afdlin Shauki), Shiha (Datuk Sharifah Aini), Aiman (Rahim Maarof) dan Iqa (Edry Abd Halim) telah membuktikan kemampuan diri dan potensi untuk berentap di gelanggang Mentor 5 bersama sifu masing-masing.

Gambar Peserta & Protege kepada Mentor musim 5


RATNAH, PROTEGE KEPADA AFDLIN SHAUKI


IQA – PROTEGE EDRY ABDUL HALIM


SHIHA, PROTEGE DATUK SHARIFAH AINI


AYISH, PROTEGE KEPADA NOH HUJAN


Salma bersama mentornya Erra Fazira


Edry KRU bersama protegenya, Iqa yang merupakan vokalis sebuah band pop, Water Cap. Juga boleh bermain bass.


Afdlin Shauki bersama protegenya, Ratnah.


Aiman, protege kepada Rahim Maarof




gambar majlis pernikahan Siti Sarah dan Shuib


Assalamualaikum...


Dengan hanya sekali lafaz sahaja, kini Siti Sarah sah menjadi isteri kepada Shuib Sepah. Tahniah yaty ucapkan kepada anda berdua. Majlis pernikahan telah berlangsung semalam di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. Majlis dihadiri kira-kira 200 orang tetamu. Wang hantaran dirahsiakan dan dulang hantaran ialah 5 berbalas 7.























hope diaorng berbahagia hingga ke akhir hayat

Sabtu, 26 Februari 2011

Hikarimoji Lights Graffiti



assalamualaikum ...

sapa2 yang tgk majalah 3 td pukul 9 ada laa pasal geng Hikarimoji lights graffiti nieh ...

sapa yang tak tgk pulak rugi laa jawabnyaa... bukan apa yaty sgt teruja laa apabila yaty tgk cara baru diaorang ambil gambar by using light...



diorang ckp untuk mengambil gambar ni perlu tempat yang sangat gelap...


untuk 'LIKE' di facebook cari hikarimoji lights graffiti then kowank tekan laa butang like uke





nie pulak blog diaorang... follow k

bawah2 nie pulak hasil kerja diaorang ...






pape pown hope diaorang success in this light photography...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...