JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Jumaat, 26 November 2010

Cinta Antara Manusia dan Katak ...



assalamualaikum ,,


hye sume ... kali ni nak 2lis something yang baru ...

kita sume dah tahu yang citer Ulek Mayang dah pun sampai episod yang terakhir pada 25/11/2010 .. Kali ini menggantikan drama tersebut pula ialah PUTERA KATAK yang diadaptasi daripada cerita dongeng “The Frog Prince” mulai 29 November 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30petang. Drama terbaru di slot Lagenda ini akan membawa para penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar dalam menemui cinta sejatinya dalam membebaskan diri daripada sumpahan.




Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.

Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.

Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana masih perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya sebagai katak ialah cinta sejatinya.

Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar. Bagaimanakah Putera Amar dapat memberitahu Trisha tentang identiti sebenarnya? Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama?

Putera Katak diterbitkan oleh Talisman Pictures diarahkan oleh Adam Hamid serta nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Siri drama yang mempunyai 20 episod tersebut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah dan ramai lagi.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah Putera Katak di slot Lagenda mulai 29 November 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30petang di TV3 dan siaran ulangan Putera Katak, jam 8.30malam di TV9.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...