JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Terdapat ralat dalam alat ini

Sabtu, 27 November 2010

Sity Avita Langkah Terbaru Dato' Siti Nurhaliza ...




assalamualaikum ...


 Selebriti ikon Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza yang masih mengekalkan kejelitaannya dalam lingkungan usia 30an kelihatan lebih muda dan bertenaga dari usia sebenarnya.Walaupun Dato’ Siti Nurhaliza memiliki wajah yang semulajadi cantik serta telah memahatkan namanya dalam carta emas seni muzik tempatan, beliau mengorak satu lagi langkah dalam bidang perniagaan dengan melabur untuk satu lagi produk kecantikan, Avita.




Dibuka di Malaysia dengan nama Sity Avita, beliau merupakan antara pengamal pengambilan Celergen, sejenis penokok antipenuaan dan terapi sel marin termaju dari Switzerland. 

Walaupun Simply Siti baru berusia 8 bulan, namun tekad wanita bersuara emas itu dalam bidang perniagaan nampaknya bersungguh-sungguh. Janjinya, dia mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk kedua-dua bidang perniagaan tersebut kerana terbukti produknya amat berkesan. Menurutnya, antara rakan artis yang menggunakan produk tersebut ialah teman baiknya, Kris Dayanti.












Selain menggunakan produk penjagaan kulit jenama peribadinya, SimplySiti, beliau percaya bahawa kejelitaan dan keremajaan kulit berpunca daripada apa yang kita makan. Oleh itu sejak Jun 2009, Siti mengamalkan pengambilan produk tersebut.

Setelah mengambil Celergen selama lebih setahun, Siti mengalami kesan yang menakjubkan dan luar biasa termasuk peningkatan tahap tenaga, keserian wajahnya yang ketara serta kesihatannya secara keseluruhan yang bertambah baik.

Keyakinan serta semangat Siti menarik minat orang ramai untuk mengalami sendiri manafaat Celergen yang menakjubkan telah mendorong serta menggerakkan hatinya untuk menjadi rakan niaga dalam Sity Avita Sdn. Bhd.

Menggunakan nama Siti Nurhaliza dalam nama syarikat tersebut di Malaysia iaitu Sity Avita Sdn. Bhd., penyanyi nombor satu negara itu akui berbangga apabila syarikat induknya yang beroperasi di Singapura mahu menggunakan namanya.

Pembukaan rasmi Sity Avita Sdn. Bhd menandakan permulaan perkongsian yang menarik antara Siti Nurhaliza dan Avita. Syarikat global Avita mula beroperasi di Malaysia sejak awal 2008 dan sudah bertapak di rantau Singapura, Taiwan, Jepun, Australia, Hong Kong, Filipina dan bakal membuka cawangan di Indonesia tidak lama lagi.


the end~~





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...