JOM FOLLOW YATY

Nak hadiah percuma dan menarik?...Jom klik sini

Sabtu, 5 Mac 2011

Sinopsis Drama Siri Asmara 2


CINTAKU TIADA HENTI BUATMU … ASMARA 2


Selepas mendapat sambutan hangat dengan rating mencapai 3.1 juta penonton, drama Asmara yang disiarkan pada awal November lalu bakal muncul untuk musim kedua bermula 8 Mac, setiap Selasa, pukul 9 malam menerusi slot Lestary.

Segala persoalan pada penghujung drama Asmara lalu bakal dijawab dalam drama Asmara 2yang bakal ditayangkan sebanyak 13 episod. Drama terbitan Suhan Movies ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara terkenal Heykal Hanafiah.

Ia masih mengekalkan teraju utama iaitu Shahz Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani dan turut memperkenalkan watak baru lakonan Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen).



Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya).

Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Suatu hari, Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya.

Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawa si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

Jangan ketinggalan untuk menonton Asmara 2 di slot Lestary, setiap hari Selasa pukul 9 malam mulai 8 Mac 2011, di TV3.

Ketahuilah kesudahan kisah cinta tiga segi antara Asmara, Zaliya dan Melati.





1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...